Thursday, 14 February 2013

Pengisian Rohani

Bismillah...
Assalamualaikum semua...

Syukur pada Allah, kita diberi peluang lagi untuk bersemuka di alam maya ini. Hari yang di nanti²kan telah pun muncul.... banyak² hari.. hari jumaat lah yang paling seronok untuk aku datang ke kolej... u noe why??...

Today.. ada sesi bacaan yassin utk semua staf and ade pengisian tazkirah. Walaupun masa sangat singkat.. tapi.. dengan bacaan yassin di susuli tazkirah yang di sampaikan oleh Ustaz Muzairy... Alhamdulillah... sekurang²nya.. hati aku tidak lah kosong untuk memantapkan iman dalam diri ini.

Dipendekkan cerita.. Actually, aku nak berkongsi tazkirah untuk hari ini. Iaitu berkenaan dengan Valentine Day dan 3 Jenis musibah. Kawan² tahu tak, yang valentine day nie adalah haram.. Ulama telahpun sepakat memutuskan ianya adalah HARAM. Mungkin ada yang tertanya²... kenapa ia haram... bukan kite pegi makan khinzir ke.... minum arak ke.. or watever la yang haram dalam islam???? ...  Tapi ianya salah satu jalan yang boleh mengajak kita membuat zina.. kemaksiatan.. Bukankah itu semua haram.  Apapun, kita ikut je hukum yg telah ditetapkan.. Haram tetap haram.. jgn pula kita menghalalkan perkara yang haram.. dosa besar.. neraka la habuannya.. Na'uzubillah...

Cerita tentang tazkirah pagi tdi berkenaan 3 jenis musibah.. jom sama² kita kongsikan .. 

1.Kafarah
Musibah ini berlaku kepada orang yang baik tetapi ketika dia terlanjur melakukan kejahatan kerana kelalaian dan tidak mampu melawan hawa nafsu.
Musibah ini diturunkan berfungsi sebagai "tebusan" untuk menghapuskan dosa dan ketelanjuran.
Ditimpa semasa didunia oleh Allah swt sebagai balasan kesalahannya bagi melepaskan dia daripada dibalas di akhirat.
Musibah ini lebih baik kerana azab di dunia lebih ringan berbanding azab di akhirat
"dan KAMI timpakan kepada mereka azab supaya mereka kembali ke jalan yang benar" (surah al-zukhruf 43:48)

2.Bala
Suatu bentuk ujian yang dikenakan kepada orang jahat yang melakukan kejahatan.Musibah ini sebagai hukuman di dunia sebelum dihukum dengan lebih berat di akhirat.
Seksaan pertama semasa di dunia manakala seksaan kedua semasa di akhirat.
Contoh:umat Nabi Nuh yang ditenggelami banjir begitu juga dengan Firaun dan lain-lain contoh.
"dan jika mereka berpaling,nescaya Allah akan mengazab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat" (surah at-taubah 9:74)

3.Ibtila'
Musibah yang dikenakan kepada orang baik ketika melakukan kebaikan sebagai tanda kasih sayang Allah kepada hambaNYA yang taat.
Dengan ibtila' seseorang hamba itu akan mendapat ganjaran yang berganda dan ditinggikan darjatnya disisi Allah.
Dengan musibah,mereka memperoleh pahala syahid,pahala sabar,pahala redha dan lain-lain.
Contoh:ditimpakan ke atas Para Rasul Ulul Azmi,siddiqin,syuhada' dan solehin.
"berapa banyak golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang ramai,dengan izin Allah dan Allah bersama orang-orang yang sabar" (surah al-baqarah 2:249)

sumber rujukan:majalah solusi edisi 19
* Info same jek dengan ape yang disampaikan dalam tazkirah pagi tadi.. so aku tulis la ayat yang tersusun and info detail lagi berkenaan 3 jenis musibah ni. lagi senang nak faham. Kalo ikut pemahaman aku... penyusunan ayat tu .. takut pula korang tak paham... Wallahuwa'lam...

No comments:

Post a Comment