Sunday, 10 November 2013

Menulis melalui keyboard

Assalamualaikum,

Apa khabar para pembaca yang saya kasihi. Minta maaf sebab terlalu lama tidak mengupdate blog ini. Rasa-rasanya, sudah hampir bersawang... berhutan  dek terlalu lama tidak menulis melalui keyboard ini :)

Sebenarnya, banyak cerita... suka duka... kegembiraan.. kesedihan yang ingin saya kongsikan. Tapi, kekangan masa yang tidak mengizinkan saya untuk menulisnya sebagai perkongsian kita... ye la... kadang-kadang dari pengalaman orang lain juga kita dapat memperbaiki diri.. dapat mempertingkatkan ilmu kita... betul tak ????

Bukan niat untuk memecahkan rahsia diri sendiri. tapi, ini adalah untuk perkongsian ilmu semata-mata. Moga-moga dari pengalaman saya. Kawan-kawan pembaca semua dapat mengambil iktibar untuk diri sendiri....

Cerita-cerita akan menyusul untuk entri yang akan dating... Semoga diberikan masa dan peluang untuk saya menulis  sebagai penambahan ilmu kita... TUNGGU YEA !!!!..... Insha Allah...

Assalamualaikum

Sunday, 7 July 2013

Isteri Solehah

CITA-CITA UNTUK BERGELAR ISTERI SOLEHAH
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera

Sudah dijanjikan, jika kita bersyukur dengan nikmat Allah, akan ditambahinya lagi nikmat ke atas kita. Bagaimana mahu buktikan bahawa kita bersyukur dengan nikmat Allah selain dengan cara kita mengucapkan Alhamdulillah? Adalah dengan kita menggunakan nikmat yang diberikan kita itu dengan sebaik-baiknya. Gunakan ianya untuk perkara-perkara yang Allah redha akan ia. Telah banyak nikmat Allah yang telahpun kita lalaikan. Terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 

Sesungguhnya Allah berikan dunia kepada sesiapa yang Allah suka dan kepada sesiapa yang Allah tak suka. Akan tetapi, Allah akan beri agama hanya kepada yang dicintai. -HR Ahmad.

MESTI ADA CITA-CITA
Adakalanya, berbicara soal masa depan seperti kerjaya, rumahtangga, dan anak-anak menjadi malu apabila topik yang boleh dibicarakan secara ilmiah bertukar menjadi bahan usikan dan bahan penilaian sesama rakan-rakan. Walhal, bukankah sewajarnya kita meletakkan cita-cita dan harapan agar usaha kita lebih serius untuk ke arah itu?

Jika tiada cita-cita, itu yang tiada perancangan apa-apa, tahu-tahu masanya dah tiba dan kita entah dalam keadaan yang sudah bersediakah? Ingin saya spesifikkan dalam entri saya di sini adalah cita-cita untuk menjadi isteri solehah. Apapun, saya tetap bersetuju dengan pandangan, wanita itu tidak akan mengatakan dirinya sudah bersedia sehinggalah dia benar-benar bergelar seorang isteri. Baguslah kan?

PESANAN ISTERI 'AUF BIN MUHLIM ASHAIBANI
Indahnya pesanan isteri 'Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya.

“Puteriku, kini engkau meninggalkan tempat kelahiran menuju rumah baru dan orang baru yang belum pernah engkau ketahui keadaan dan wataknya. Maka, jadilah engkau sebagai pengabdi yang baik bagi suamimu, supaya dia menjadi pengabdi yang baik juga bagimu. Perhatikan baik-baik sepuluh perkara daripadaku supaya ia menjadi modal bagi hidupmu.”
Begitulah kasihnya isteri ‘Auf terhadap anak gadisnya, tetapi kasihnya itu bukan mengadakan majlis besar-besaran dan serba mewah, kasih sayang dizahirkan melalui kaedah menyalurkan nasihat berguna buat anaknya melayari alam rumah tangga supaya aman sejahtera dan bahagia.
Pesanan pertama kepada anaknya: “Jadilah engkau sebagai pendamping hidupnya yang selalu menerima apa adanya. Sebenarnya nasihat isteri ‘Auf itu bertepatan kehendak agama kerana sikap qanaah, bersedia dengan hati lapang terhadap kemampuan suami, menu keharmonian rumah tangga”. Erti kata lain, isteri tidak sesekali membebankan suami yang di luar batas kemampuannya. Inilah seharusnya ada pada diri seorang isteri solehah.
Seterusnya pesanan kedua beliau: “Bergaullah engkau bersama suamimu dengan cara mendengar dan mentaatinya.” Seorang Ulama’ pernah mengatakan: “Seseorang isteri itu hendaklah memberikan layanan pada suaminya, memelihara anak, mengatur urusan rumah tangga sebaik mungkin. Hendaklah dia memberikan layanan pada suami dengan layanan yang wajar dan sesuai keadaan.”
Isteri ‘Auf berkata lagi: “Tunjukkanlah dirimu di hadapan matanya sebagai seseorang yang paling menarik baginya dan tampilkan dirimu di hadapan hidungnya sebagai seseorang yang paling harum.” Kebijaksanaan dan kesediaan isteri menonjolkan imej peribadi dalam aspek lahiriah dan dalaman mampu mewujudkan hubungan lebih intim pasangan suami isteri. Ia ibarat suatu tembok pengukuh dalam membina keluarga bahagia melalui landasan diredai Allah.
Beliau juga berpesan supaya memperhatikan penjadualan waktu makan yang betul dan tepat serta menjaga ketenteraman masa tidur. Jadi, jika diteliti apa dipesan isteri ‘Auf kepada anak gadisnya, sesuai dan relevan dijadikan sebagai pedoman kita semua.

UPDATE&UPGRADE
Tekan sahaja 'wanita solehah' di google, macam-macam rujukan sudah tersedia. Namun mengapakah ada lagi wanita yang sanggup lari dari rumah? Meninggi suara kepada suaminya? Oh masyarakatku. Duhai diriku. Berusahalah kita, dalam suatu hadis, jika boleh, Rasulullah saw akan minta isteri sujud kepada suaminya. Maka jadilah yang terbaik lebih daripada mengharap yang terbaik. Yakinlah, jikamu baik, partnermu baik. Biiznillah!
Copy from Nadia Mujahidah

Sunday, 24 February 2013

Bila Allah Menduga Kita

Bismillah...

Assalamualaikum semua...

Sedar tak sedar dah 25 hb hari nie.... Genap la 21 hari aku tinggal dengan anak² kat Masjid Tanah nie... without En hubby tersayang... 4 Febuari lepas suami ku start bertugas di Sabah.. Sedey owhh.... But aku kne terima hakikat... ade hikmah disetiap apa yang Allah rancangkan ni... Semenjak En hubby tak duduk dengan kitorang... banyak sangat problem yang datang... Allahuakhbar.... Sabau ler...

But... Alhamdulillah.. dalam pada aku terima ujian ne... ade jugak orang sekeliling yang tak henti² bagi support n motivasi kat aku.. syukurlah.... At de same time.. rajin jugak aku baca² kata² motivasi dari internet nie... cari² sampai la aku ter'search' kat google.. Bila Allah Menduga Kita....

Tengok² sebuah buku islamic rupanya... like buku motivasi jugak la... Hati tergerak untuk membacanya... Lalu aku pun beli la online dis book....Bila Allah Menduga Kita &  Cintai isteri cara Rasulullah.... Macam best je kan tajuk buku nie... Mesti isi kandungannya pun lagi best.. Tak Sabar rasenyer tunggu Abang posmen datang bwk buku nie.... Waiting 4 dat...



Semoga Allah menjadikan kita hamba yang penyabar dan sentiasa sabar dengan setiap ujiannya... amin..

Tuesday, 19 February 2013

Everything Allah yang punya

Bismillah...


Assalamualaikum semua...


Perkahwinan bukan setakat untuk bersukaria di dunia... Tapi, kita juga perlu berusaha untuk memastikan perkahwinan boleh membawa kita bersukaria di akhirat sana. Jika kita pandai manfaatkannya... Insha Allah pasti termakbul keinginan kita untuk ke jannah Nya. 
Alhamdulillah... melalui perkahwinan ku dengan suami tersayang, aku dapat merasai kasih sayang seorang mak metua yang sangat memahami. Walaupun aku setakat menantu dalam keluarga ini, tapi sedikit pun aku tak pernah rasa macam orang lain. Alhamdulillah... beruntungnya hidup ini mempunyai mak metua yang boleh tempat berkongsi masalah dan meminta pendapat.
Sejak kebelakangan ni, ade je masalah yang datang dan pergi.. lepas satu.. satu and satu lagi... 
pujuk² hati... 
bersangka baik dengan 
Allah.. mesti ada hikmah dengan setiap ujian Nya... 


Mak metua aku pesan... banyak²kan baca ayat seribu dinar... Insha Allah.. akan rasa lapang je kehidupan kita walaupun ada masalah. 
Aku pun, ikut la apa yang mak metua aku ajarkan.. Alhamdulillah... memang betul... ianya sangat mujarab... Ekceli my problem tak setel lagi... but, hati nie rasa tenang je untuk terima segala masalah yang ada... INGAT... 1 kesusahan yang datang.. 2 kesenangan yang Allah akan bagi.
Dalam ayat seribu dinar tu ade maksud ... 
Allah akan datang kan rezeki yang kau tidak sangka....
Yess... memang betul... entah kenapa hati nie tergerak ke BSN untuk temankan my mom update buku simpanan beliau. Aku pas i/c kat orang bsn tu untuk cek no akaun... aleh² org tu cakap... " puan ade saving RM1500 Sijil simpanan premium ea ?"... Allahuakhbar... imagine.... dalam rekod tu aku dah saving dat money start from 2010...But.. aku x taw langsung pun aku duit tu msh ade... dah terlupa agaknya... Masha Allah... tak di sangka² Allah bagi rezeki yang aku langsung tak perasaan...
So moral of de story.... rajin² la amalkan bacaan ayat seribu dinar nie after solat... Insha Allah.. Allah akan lapangkan hati kita dari masalah... rezeki akan datang tanpa kita sangka... Allah bagi jalan keluar dari kekusutan yang melanda kita... Semoga kita semua dapat memanfaatkannya.. Insha Allah...

Friday, 15 February 2013

New Born

Bismillah...
Assalamualaikum...

Alhamdulillah...

Syukur pada Nya... Baru tadi my younger sister TAG kan picture new baby dalam family kami. Alhamdulillah... Alhamdulillah... Anak ke3 puan badang & en.Tolok...Lahir pd 11 Feb 2013(Isnin),3.66kg d Hospital Sg.Buloh Selangor pkul 8.30pg..Nur Ainul Shaheera 

Around 9.10am... aku baru je selesai solat sunat dhua. time solat tu... ade sikit gangguan dengan bunyi phone. Aku pun tak pasti siapa yang telefon. 
Selesai je, lipat telekung..... cepat² aku capai phone.. Rupa²nya Encik Tolok missed call... Aku pun call balik... and than, dapat berita gembira.. adik aku.. Badang... telahpun selamat melahirkan anak perempuan... Alhamdulillah... dah 3 orang anak dah... 
Untuk pengetahuan korang, adik aku ne langkah bendul... dia kawen dulu dari aku.... sebab tu anak dah ade 3 orang... 
Apapun, aku berdoa semoga Badang sekeluarga dimurahkan rezeki... amin... Tahniah ada baby baru... Didik elok² okeh.. Semoga baby jadi anak yang solehah.. amin... 

Thursday, 14 February 2013

Pengisian Rohani

Bismillah...
Assalamualaikum semua...

Syukur pada Allah, kita diberi peluang lagi untuk bersemuka di alam maya ini. Hari yang di nanti²kan telah pun muncul.... banyak² hari.. hari jumaat lah yang paling seronok untuk aku datang ke kolej... u noe why??...

Today.. ada sesi bacaan yassin utk semua staf and ade pengisian tazkirah. Walaupun masa sangat singkat.. tapi.. dengan bacaan yassin di susuli tazkirah yang di sampaikan oleh Ustaz Muzairy... Alhamdulillah... sekurang²nya.. hati aku tidak lah kosong untuk memantapkan iman dalam diri ini.

Dipendekkan cerita.. Actually, aku nak berkongsi tazkirah untuk hari ini. Iaitu berkenaan dengan Valentine Day dan 3 Jenis musibah. Kawan² tahu tak, yang valentine day nie adalah haram.. Ulama telahpun sepakat memutuskan ianya adalah HARAM. Mungkin ada yang tertanya²... kenapa ia haram... bukan kite pegi makan khinzir ke.... minum arak ke.. or watever la yang haram dalam islam???? ...  Tapi ianya salah satu jalan yang boleh mengajak kita membuat zina.. kemaksiatan.. Bukankah itu semua haram.  Apapun, kita ikut je hukum yg telah ditetapkan.. Haram tetap haram.. jgn pula kita menghalalkan perkara yang haram.. dosa besar.. neraka la habuannya.. Na'uzubillah...

Cerita tentang tazkirah pagi tdi berkenaan 3 jenis musibah.. jom sama² kita kongsikan .. 

1.Kafarah
Musibah ini berlaku kepada orang yang baik tetapi ketika dia terlanjur melakukan kejahatan kerana kelalaian dan tidak mampu melawan hawa nafsu.
Musibah ini diturunkan berfungsi sebagai "tebusan" untuk menghapuskan dosa dan ketelanjuran.
Ditimpa semasa didunia oleh Allah swt sebagai balasan kesalahannya bagi melepaskan dia daripada dibalas di akhirat.
Musibah ini lebih baik kerana azab di dunia lebih ringan berbanding azab di akhirat
"dan KAMI timpakan kepada mereka azab supaya mereka kembali ke jalan yang benar" (surah al-zukhruf 43:48)

2.Bala
Suatu bentuk ujian yang dikenakan kepada orang jahat yang melakukan kejahatan.Musibah ini sebagai hukuman di dunia sebelum dihukum dengan lebih berat di akhirat.
Seksaan pertama semasa di dunia manakala seksaan kedua semasa di akhirat.
Contoh:umat Nabi Nuh yang ditenggelami banjir begitu juga dengan Firaun dan lain-lain contoh.
"dan jika mereka berpaling,nescaya Allah akan mengazab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat" (surah at-taubah 9:74)

3.Ibtila'
Musibah yang dikenakan kepada orang baik ketika melakukan kebaikan sebagai tanda kasih sayang Allah kepada hambaNYA yang taat.
Dengan ibtila' seseorang hamba itu akan mendapat ganjaran yang berganda dan ditinggikan darjatnya disisi Allah.
Dengan musibah,mereka memperoleh pahala syahid,pahala sabar,pahala redha dan lain-lain.
Contoh:ditimpakan ke atas Para Rasul Ulul Azmi,siddiqin,syuhada' dan solehin.
"berapa banyak golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang ramai,dengan izin Allah dan Allah bersama orang-orang yang sabar" (surah al-baqarah 2:249)

sumber rujukan:majalah solusi edisi 19
* Info same jek dengan ape yang disampaikan dalam tazkirah pagi tadi.. so aku tulis la ayat yang tersusun and info detail lagi berkenaan 3 jenis musibah ni. lagi senang nak faham. Kalo ikut pemahaman aku... penyusunan ayat tu .. takut pula korang tak paham... Wallahuwa'lam...

Wednesday, 13 February 2013

Banyaknya Nikmat Allah

Bismillah...
Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah.... dengan izin Allah, kita masih mampu bernafas di muka bumi Allah ini. See on my blog tittle untuk entry kali ni..  tiba² air mata mengalir bila teringat akan setiap nikmat yang Allah bagi dengan kita. Astaghfirullahal'adzim... leka nya kita dengan arus dunia yang Allah pinjamkan kepada kita untuk sementara waktu sahaja. Tapi, pernahkah kita menitipkan rasa syukur dalam diri kita atas setiap nikmat yang Allah bagi... La haula wala quwata illa billah hil 'aliul adzim...

Benarlah apa yang Allah firmankan dalam Al-quran... "Tidak akan beriman seseorang itu selagi Allah tidak mengujinya" ..... Lately... macam² yang aku lalui dalam hidup ni. Makin hati nie niat untuk istiqamah dalam jihad fisabilillah.. makin banyak ujian yang Allah datangkan. 

Airmata tidak henti² mengalir bila mengenangkan semua ni. Tapi, kutabahkan hati untuk melaluinya. Siapa tahu, Allah memilihku untuk jadi salah seorang hamba yang beriman itu?... Itu semua rahsia Allah.... Tapi aku sangat berharap... berharap.. berharap untuk menjadi hamba yang dipilih Allah untuk menerima petunjukNya untuk mendapat redha Nya.. Amin...

Kadang².. kalau di fikir² kan.. buat ape kita nak bersedih dengan setiap ujiannya.. Bersyukurlah .. bersyukurlah.. kerana Allah memilih untuk menguji kita... Sesungguhnya, orang yang diuji itu, Allah amat merinduinya.

4 Febuari baru² ni, my first day hantar anak² kat pengasuh. Alhamdulillah, dapat pengasuh yang sangat baik.. tengok anak² nya pun, sejuk je mate nie memandang. Semoga anak² mama mencontohi anak² umi yang berakhlak mulia. Aku panggil kak pengasuh nie dengan nama umie, coz dia pon dah bahase kn diri dengan "umie" bile bercakap dengan anak²ku.
On dis date jugak, suami tersayang start lapor diri kat Jabatan Pengkutan Jalan Kota Kinabalu. Ekceli realy sad bila dapat tahu suami yang baik ni kena bertugas di Sabah. Tapi, kupujuk hati untuk bersangka baik dengan Allah. Mesti ade hikmah dengan semua nie. Untuk suami tersayang.. " Ayang doakan semoga Allah melindungi mu dan semoga kebaikan sentiasa bersamamu.. amin. 

Semenjak duduk jauh dengan suami, macam² ujian yang datang. Anak² mama kejap² sakit. Tapi, aku tetap bersabar dengan semua ni. Keletihan tak cukup tidur belah malam, belah siang kena masuk office pula untuk selesaikan kerja² di ofis... ku harungi dengan sabar.

Tanamlah dalam hati kita, 1 kesusahan yang Allah uji untuk kita akan dibalas dengan 2 kesenangan... Cuma hati kena banyak sabar. Sentiasalah berfikir... bersyukur dengan setiap nikmat yang Allah bagi...

Semoga rahmat dan redha Allah sentiasa bersama kita semua.. Amin... 

Monday, 21 January 2013

Allah sebaik² perancang

Assalamualaikum...

Rasa sudah lama tak meng'update blog ini.Agak sibuk dengan hal sendiri...  :)

Sedar tak sedar, rupa²nya aku dah masuk ke tahun 2013....  Kejap je masa berlalu... umur pon makin lame makin meningkat... Sebagai hamba Allah... aku sangat mengharapkan, bukan pada umur sahaja akan meningkat.. tapi, begitu juga dengan amalan ku.. semoga aku akan lebih bersemangat mempertingkatkan amalan untuk bekalan di akhirat nanti.. amin....

Mengikut perancangan awal, aku tak nak cuti awal² tahun, coz mesti banyak keje yang kena setel kalo awal tahun nie... Tapi... macam yang aku cakap kat title blog tu... Allah adalah sebaik² perancang dalam kehidupan manusia... 2 minggu awal di tahun 2013 lagi aku dah bercuti coz jaga anak² d wad Hospital Melaka. 2 minggu duduk kat wad tu, banyak memberi pengajaran untuk diri aku untuk lebihkan muhasabah dalam diri ini. Bersyukurlah dengan apa yang Allah berikan pada kita... setiap hari aku tak henti² mendoakan kesihatan kanak² yang tinggal kat wad tu.. semoga mereka cpt sembuh. 
Mama sayang abang Aiman


Mama sayang adik Hidayah
Tak sampai hati tengok dorang duduk lelama kat wad tu.. same like my kidz jugak la.. kesian sgt.. Dak abang dengan semputnya.. demam and batuk.. Adik pon macam tu. Kalau lah boleh penyakit nie kite pas mcm tu je.. aku mintak je sakit anak² aku tu.. biar aku yg sakit.. kesian kat dorang.. kecik lagi.. nak ngadu sakit pon, tunjuk dengan merengek² jek.. time suntik nak cari urat kt tangan tu lagi ler... mengalir air mata aku dengar anak kena injection sampai serak² suara menangis kat bilik suntikan tu.. Tapi ape boleh buat... Tawakkal pada Allah jek.. Sesungguhnya, Allah tak kan menguji hambaNya di luar kemampuan hambanya... so, redha je... makin banyak ujian... makin bertambah iman.. Insya Allah...

Anyway, anything happen dalam hidup kite nie.. sentiasalah bersangka baik pada Allah... kite hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan segala² nya... Yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk itu datang dari diri kite sendiri.. sama² kite memperbaiki diri sendiri... 
Semoga jadi anak yang soleh dan solehah.. amin

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
" Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. 
Pertama : masa sihat sebelum sakit. 
Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). 
Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. 
Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan 
kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." 
riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).