Bismillah...
Assalamualaikum semua...
Alhamdulillah.... dengan izin Allah, kita masih mampu bernafas di muka bumi Allah ini. See on my blog tittle untuk entry kali ni.. tiba² air mata mengalir bila teringat akan setiap nikmat yang Allah bagi dengan kita. Astaghfirullahal'adzim... leka nya kita dengan arus dunia yang Allah pinjamkan kepada kita untuk sementara waktu sahaja. Tapi, pernahkah kita menitipkan rasa syukur dalam diri kita atas setiap nikmat yang Allah bagi... La haula wala quwata illa billah hil 'aliul adzim...
Benarlah apa yang Allah firmankan dalam Al-quran... "Tidak akan beriman seseorang itu selagi Allah tidak mengujinya" ..... Lately... macam² yang aku lalui dalam hidup ni. Makin hati nie niat untuk istiqamah dalam jihad fisabilillah.. makin banyak ujian yang Allah datangkan.
Airmata tidak henti² mengalir bila mengenangkan semua ni. Tapi, kutabahkan hati untuk melaluinya. Siapa tahu, Allah memilihku untuk jadi salah seorang hamba yang beriman itu?... Itu semua rahsia Allah.... Tapi aku sangat berharap... berharap.. berharap untuk menjadi hamba yang dipilih Allah untuk menerima petunjukNya untuk mendapat redha Nya.. Amin...
Kadang².. kalau di fikir² kan.. buat ape kita nak bersedih dengan setiap ujiannya.. Bersyukurlah .. bersyukurlah.. kerana Allah memilih untuk menguji kita... Sesungguhnya, orang yang diuji itu, Allah amat merinduinya.
4 Febuari baru² ni, my first day hantar anak² kat pengasuh. Alhamdulillah, dapat pengasuh yang sangat baik.. tengok anak² nya pun, sejuk je mate nie memandang. Semoga anak² mama mencontohi anak² umi yang berakhlak mulia. Aku panggil kak pengasuh nie dengan nama umie, coz dia pon dah bahase kn diri dengan "umie" bile bercakap dengan anak²ku.
On dis date jugak, suami tersayang start lapor diri kat Jabatan Pengkutan Jalan Kota Kinabalu. Ekceli realy sad bila dapat tahu suami yang baik ni kena bertugas di Sabah. Tapi, kupujuk hati untuk bersangka baik dengan Allah. Mesti ade hikmah dengan semua nie. Untuk suami tersayang.. " Ayang doakan semoga Allah melindungi mu dan semoga kebaikan sentiasa bersamamu.. amin.
Semenjak duduk jauh dengan suami, macam² ujian yang datang. Anak² mama kejap² sakit. Tapi, aku tetap bersabar dengan semua ni. Keletihan tak cukup tidur belah malam, belah siang kena masuk office pula untuk selesaikan kerja² di ofis... ku harungi dengan sabar.
Tanamlah dalam hati kita, 1 kesusahan yang Allah uji untuk kita akan dibalas dengan 2 kesenangan... Cuma hati kena banyak sabar. Sentiasalah berfikir... bersyukur dengan setiap nikmat yang Allah bagi...
Semoga rahmat dan redha Allah sentiasa bersama kita semua.. Amin...

No comments:
Post a Comment