Tuesday, 5 May 2015

Bismillah...

Alhamdulillah... sudah masuk ke bulan Mei di tahun 2015. 
Cepat sungguh masa berlalu, dak abang pun sudah masuk 4 tahun 3 Mei lepas. Serasa baru beberapa hari lepas melalui kemanisan kenangan melahirkan anak sulung untuk saya dan suami.

Ahmad Aiman Bazil Bin Abdul Rahman...
3 Mei 2011
Hospital Melaka
4.05kg

Ini merupakan tahun ke-4 dak abang dipinjamkan umur oleh Nya. Clbrtation birthday so far belum pernah buat lagi sebab...... Mostly saya dan suami akan menderma sahaja beras atau duit pada rumah anak yatim. untuk potong kek sebulat bagai kami tak buat pun. Bukan sebab tidak mahu meraikan ulangtahun kelahiran anak-anak. Tapi rasanya, lebih baik kalau duit yang dibelanjakan untuk majlis makan-makan yang tak pernah siap.... disedekahkan kepada anak yatim. At least anak-anak tahu, bukan kesenangan sahaja yang akan dilalui di dunia ini... kesusahan juga akan didatangkan kepada kita. Syukur andai masih ada ibubapa yang membesarkan kita. meraikan kita. Jika dibandingkan pada anak-anak yatim yang mungkin ketandusan kegembiraan bersama parents mereka.

Happy brithday #abangAiman. 
#papa ... #mama .... #adek .. sayang #abangAiman

*later update pic dak abang... time 3 mei lepas... 

No comments:

Post a Comment